Assalamu'alaikum....


Selamat Datang ke Blog Pemudasalafi







Jumaat, 25 Februari 2011

Iktibar Untuk Siapa???

Dalam perjalanan saya ke masjid untuk solat jumaat hari ini, sempat saya mendengar khutbah yang dibacakan dalam radio yang langsung dari Kuala Lumpur. Dalam khutbah yang dibacakan oleh khatib tersebut, dia membicarakan tentang pergolakan yang berlaku di dunia arab pada ketika ini. Namun itu semua tidak lah menarik minat saya, apa yang membuatkan saya tertarik dengan khutbah tersebut ialah pada kesimpulan yang dibuat oleh khatib tersebut. Kesimpulan yang dibuat khatib tu ialah dia menyeru supaya rakyat malaysia memelihara keamanan yang kita kecapi di negara ni agar segala kemajuan yang telah dicapai tidak musnah begitu saja.

Bunyinya kesimpulan tu tak adalah yang menarik, tapi bagi saya, saya tertanya-tanya adakah khatib yang membaca khutbah tu faham apa punca kebangkitan rakyat di negara-negara timur tengah sana. Adakah kebangkitan rakyat arab di sebabkan mereka tidak cintakan keamanan untuk negara mereka? Atau adakah mereka tidak pandai menghargai keamanan yang telah mereka kecapi selama ini? Faham ke khatib tu punca sebenar kebangkitan rakyat mesir dan negara-negara arab lain bangun menentang kerajaan mereka?

Kita semua sedia maklum bahawa meraka bangun menentang kerajaan mereka yang telah sekian lama menindas dan menzalimi mereka. Segala hak mereka di abaikan, sebaliknya pemimpin mereka sibuk mengumpul harta untuk anak bini mereka sejak puluhan tahun. Sehinggakan rakyat menjadi susah dan merempat di bumi sendiri sedangkan Pemimpin bersenang lenang dengan harta rakyat. Akhirnya berlaku lah kebangkitan seperti yang kita saksikan.

Jadi apakah wajar khatib yang membaca khutbah tadi hanya memberi nasihat dan seruan kepada rakyat bawahan sahaja untuk menjaga keamanan negara tanpa menegur sikap kepimpinan negara kita yang tidak habis-habis menindas rakyat di negara ini dengan pelbagai akta. Yang tidak sudah-sudah sibuk mengagihkan harta negara kepada keluarga dan kroni-kroni mereka sahaja sedangkan rakyat terpaksa berhadapan dengan bebanan sara hidup yang tinggi bila harga barang makin hari makin naik, tindakan keras pihak berkuasa dalam berhadapan dengan suara rakyat, pilihanraya yang dijalankan dalam keadaan yang tidak adil, dan pelbagai lagi tindakan kerajaan yang menafikan hak rakyat. Ini semua juga perlu ditegur dan diingatkan oleh khatib dan mufti-mufti dalam negara ini agar pihak kerajaan juga perlu segera berubah supaya peristiwa kebangkitan rakyat yang berlaku di timur tengah tidak terjadi di negara kita yang tercinta ini.

Tiada ulasan: