Assalamu'alaikum....


Selamat Datang ke Blog Pemudasalafi







Ahad, 7 Mac 2010

ADIL DARI KACAMATA ISLAM


Sebagai fitrah manusiaan yang diciptakan Allah 'azzawajalla, semua manusia sangat menginginkan kepada keadilan. Namun keadilan ini telah diterjemahkan kepada pelbagai maksud mengikut pendapat masing-masing yang kadang kala ianya hanya nampak adil pada suatu pihak namum tidak pada suatu pihak yang lain.
Mengikut tafsiran Islam, adil ialah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Sebagai contoh, jika mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Apakah kita boleh dianggap berlaku adil pada kedua-dua anak kita dengan kita membelikan pakaian untuk mereka kedua-duanya sama. KIta belikan saja baju kurung untuk kedua-duanya. Sedangankan seorang dari anak kita itu lelaki. Dalam Islam ini bukan lah adil tetapi dianggap zalim.
Islam sangat menekankan umatnya supaya berlaku adil. Kerana Allah 'azzawajalla menyuruh hamba-hambanya berlaku adil kerana sesungguhnya adil itu sangat dekat dengan taqwa. Berlaku adillah kepada semua pihak, sama ada dia saudara kita seagama, ataupun dia dari golongan kuffar. Islam melarang umatnya dari berlaku zalim walaupun terhadap golongan kafir. Apatah lagi sesama muslim, Islam sangat-sangat menuntut supaya kita berlaku adil.
Oleh yang demikian, saya berpesan kepada diri dan sahabat-sahabat yang budiman, marilah kita praktikan sikap adil yang dituntut oleh agama ini dalam kehidupan kita. Islam agama yang adil, maka kita buktikan dengan tindakan kita bahawa Islam benar-benar adil. Bukan sekadar dikatakan adil, malah Islam dapat dilihat benar-benar adil....