Assalamu'alaikum....


Selamat Datang ke Blog Pemudasalafi







Jumaat, 5 November 2010

Belajar Menerima Dengan Berlapang Dada

Semalam segala debaran tentang keputusan PRK di Galas & Batu Sapi telah terjawab. Rakyat di kedua-dua kawasan telah membuat keputusan memilih calon yang meraka harapkan untuk menjadi wakil mereka dalam menjaga hak dan kebajikan mereka. Tahniah dan Takziah kepada mereka yang menang kerana jawatan yang diperolehi bukan untuk di banggakan tetapi untuk diperhitungkan di hadapan Rabbul Jalil kelak. Kepada yang kalah jangan pulak bersedih sebaliknya lahirkanlah rasa syukur kerana Allah melepaskan kita dari memikul tanggungjawab yang berat itu.

Bagi saya, keputusan semalam merupakan tazkirah dan tarbiyah Allah untuk kita pejuang Gerakan Islam khusunya Di Malaysia ini. Maka kita perlu lah menerima keputusan ini dengan rasa redho dan berlapang dada kerana di sebalik kekalahan itu pasti tersirat seribu rahmat buat kita jika kita sama-sama memuhasabah diri. Pasti terdapat kesalahan dan kekurangan kita sehingga menyebabkan Allah menangguh terlebih dahulu kemenangan buat kita. Kita kena yakin sesungguhnya ilmu Allah Maha luas.

Keputusan ini juga perlu diambil perhatian serius oleh kepimpinan tertinggi parti khususnya PAS dan amnya PR. Kita juga perlu melihat keputusan ini sebagai suatu isyarat rakyat terhadap kepimpina kita di negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran kita. Apakah rakyat telah berasa benar-benar terbela di bawah pentadbirab kita atau sebaliknya? Apakah segala penyelewengan yang kita dedahkan di pihak kerajaan benar-benar kita tinggalkan dalam pentadbiran kita? Apakah rakyat telah benar-benar dapat merasai perbezaan corak pentadbiran kerajaan dahulu dengan kita sekarang?

Jika persoalan ini di muhasabahkan Insyak Allah kita dapat perbaiki kelemahan kita sebelum kita pulak di hukum oleh rakyat dalam PRU akan datang.

Selain itu kita perlulah kembali memperbetulkan niat kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita ini. Ingat, segala tanggungjawab ini akan di soal Allah di akhirat kelak. Kembali kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam mengorak langkah kita. Kembalilah dengan erti kata sebenar. Perbaiki hubungan kita dengan Allah. Perkemaskan ahli dengan tarbiyah. Insyak Allah kemenangan kelak Allah izinkan. Yang penting pergantungan kita dengan Allah hendaklah secara mutlak.

Perlu juga kita mulakan cara kita berkempen dengan penuh hikmah dan hujjah. Tinggalkan segala bentuk kempen yang mencemuh dan berbaur fitnah. Apa jua isu yang kita bawa kemukan bukti. Jika ada lagi penceramah yang memaki hamun kita berikan dia surat rehat untuk PRU akan datang kerana kita sekarang berhadapan dengan pengundi yang bijak. Maka cara kita juga perlu bijak. Insan mudah terpikat kepada seseorang yang berakhlak. Maka kita perlu tingkatkan peripadi kita dengan akhlak yang baik bersesuaian dengan kita yang mengaku berjuang untuk Islam. Nabi S.A.W berjaya memikat masyarakat Quraisy dengan menampilkan akhlak yang baik. Maka kita juga harus demikian.Mudah-mudahan perjuangan kita dapat diterima Rakyat Malaysia dalam PRU ke-13 nanti.