Assalamu'alaikum....


Selamat Datang ke Blog Pemudasalafi







Selasa, 25 Januari 2011

Perkara - perkara yang diharamkan Allah S.W.T

Dalam al-Quran menerusi surah al-An'am (6) ayat ke 151, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Katakanlah (Muhammad), "Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baik kepada ibu bapa, jangan membunuh anak-anakmu kerana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terang atau yang tersembunyi, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar( iaitu mereka yang dibenarkan syarak untuk dibunuh seperti orang yang murtad, hukum qisas, rejam dan sebagainya). Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti. (al-an'am ayat 151)

Dalam ayat ini Allah S.W.T mengajar Nabi Muhammad S.A.W supaya mengajar para sahabat dan umat baginda tentang perkara-perkara yang Allah S.W.T haramkan hamba-hambanya lakukan.

1) Jangan mempersekutukan Allah dengan apa pun. Dalam masalah ini, Nabi S.A.W ada menyebut antara yang termasuk dalam perkara menyekutukan Allah ialah jampi, pakai tangkal, pakai susuk , dan beramal dengan amalan yang boleh membuatkan orang suka pada kita (amalan pengasih).

2) Jangan membunuh anak-anak kerana kemiskinan kerana Allah yang memberi rezeki kepada setiap hamba-hambaNya. Kata

3) Berbuat baik kepada kedua ibubapa dan jangan menderhakai mereka Nabi S.A.W dosa membunuh anak-anak kerana kemiskinan ini merupakan dosa kedua paling besar selepas dosa syirik.

4) Jangan mendekati perkara-perkara "fawahish" (keji) atau yang menjatuhkan akhlak kita sama ada yang terang atau yang tersembunyi.

5) Jangan membunuh orang kecuali dengan izin syara'.


Kata Nabi S.A.W bagi mereka yang mampu menjaga diri dari melakukan perkara-perkara ini akan beroleh pahala yabg paling besar di sisi Allah 'azzawajalla. Para ulama pula berpendapat, mereka yang berjaya menghalang orang lain dari melakukan perkara tersebut juga akan beroleh pahala yang besar di sisi Allah 'azzawalla.

Bagi mereka yang melanggar larangan Allah ini pula kata Nabi S.A.W, Allah S.W.T berhak membalas hukuman ke atas mereka di dunia lagi. Namun jika mereka tidak di azab di dunia, di akhirat menjadi urusan Allah yang sangat menakutkan.